Ahad, 7 April 2013

Koleksi Gambar Kahwin Sepanjang Tahun 2011 - 2012

Salam sejahtera semua sahabat yg gua kenal dan tidak kenal, terima kasih kerana sudi baca blog gua ni. Ok hari ni gua nak berkogsi dgn u all semua, beberape hasil sentuhan gua dalam mengambil gambar  kahwin yang gua rasa BEST, ini pun atas permintaan sahabat2 gua yg memang tak ade "Facebook" atau  kat office u all dah tak boleh guna "Facebook" hanya blog ajer  "No FB". Semua gambar2 kahwin ni ade dalam fb gua. boleh klik sini https://www.facebook.com/hysteria.ideals kalau you all berminat dgn hasil sentuhan gua boleh roger gua. detail gua ade kat sebelah, jgn malu dan segan...

Cerita panjang2 tak guna, jom layan hasil sentuhan gua..suka klik LIKE atau boleh tinggalkan comment...

Majlis Perkahwinan Shida Rosdan & Mohd Rizal



Nurul Huda & Zarimi



Sharifah & Mohd Rafee


Azlan & Afira


Fara & Hafiz


Yazid & Syarifah


 cukuplah untuk hari ni gua update banyak lagi sebenarnya..susah betul nak setting picture masuk dalam ni...nanti ade masa free gua update lagi...




























Ahad, 3 Februari 2013

Outing With My little Princess

Hujung minggu baru2 ni gua ade plan nak create satu outing "Outing menambah kaki" yang mane cuba nak menambah kenalan peminat photography area SHAH ALAM tempat gua menetap sekarang, al-maklumlah dah lama bercuti dari ambik gambar..Namun tidak mendapat sambutan, yg ade pun kenalan yg duduk jauh2. Mungkin masa yg tidak sesuai dan time gua "Post Status" ajak outing tu lambat sangat..esok nak outing hari ni baru post hehehehehe...

So alang2 gua dah plan nak outing kena cari gak model or talent untuk shoot. hello sana, hello sini semua bz dan penuh dgn job. Tgh duk berfikir2 datang idea dari Wife gua, Katanya "Apa susah awk shoot ajer picture anak kita ni, comel dan cute gak". Ehmmm idea yg menarik gua pun dah lama tak shoot picture kanak2 ni.

Gua dan Wife gua pun buatlah plan dari lokasi, baju, warna dan prop yg sesuai untuk digunakan untuk anak perempuan gua yg berumur 1thn 7bln. Semua yang dibincang telah dipersetujui antara Gua dan Wife gua..

Keesokan paginya, gua dan wife gua bersiap2 untuk ke lokasi, Tasik Shah Alam, Masa 10 pg. Perhhh bukan senang nak shoot kanak2 rupanya..susah nak bagi kerjasama, semua ikut mood dia, gua follow ajer..camera sentiasa stanby dalam mood shoot...follow ajer ape yg dia nak buat hehehe..Alhamdullilah dapat juga beberape gambar yg gua rasa best untuk dikongsikan dgn u all..Gua harap u all suka..

www.facebook.com/hysteria.ideals 
https://twitter.com/Hysteria_Ideals

Guna basikal abg buat prop, adik pergi photoshoot, abang misti follow punya..

Perhhh bergaya kayuh basikal lalalalala

"Bawak Basikal Sambil Menyanyi" lagu Sayang by shea

 "Mood dah mula Bosan dahhh"

 Hello sunshine " My name is Fitrah"

 "Mood Nak Susu"

Ahad, 7 Oktober 2012

Demi Sesuap Nasi

          Demi sesuap nasi, 1st time event photoshoot yg telah H.I dan rakan2 sehoby anjurkan. bermula dgn  event ni jugalah H.I mendapat ilham dgn mengunakan  nama sebagai hysteria Ideals..Event ni H.I anjurkan selepas seminggu beli Camera Dslr Sony " Wah gempak beb" kata kawan opis, tapi sayang H.I tak tahu nak guna camera ni....aduss rugi beb. dalam masa yang sama ade sorang budak opis H.I yg sudah lama bermain dgn cemera canggih ni, Namanya Bob Naim, so ape lagi H.I menghimpitlah nak menuntut ilmu camera, Alhamdullilah bob naim ni tidak kedekut ilmu orangnya,  Tanya 1 dia jawab 5 "bestkannnnn?"  H.I sendiri pun tidak faham, almaklumlah ayat2 camera..
         Dalam duk mendengar perjelasan dari bob naim ni, tiba2 muncul seorang mamat ni, namenya Faizal Shaupi budak satu opis ngan H.I gak. rupanya dia lagi meminati dunia photography ni dari H.I cuma dia belum beli Camera ajer lagi. Dalam kepala H.I time tu " wahhh dah ade  kaki main camera ni, dah boleh buat group ni hehehehe" dalam duk sembang2 kami 3 kepala, tiba2 datang satu idea bernas punya...." Geng ape kata kita buat satu sesi photoshoot? asik terang ajer kepala H.I tak masuklah". Bob Naim dan Faizal termenung seketika duk pikir ???
        
          a) tema photoshoot
          b) model atau talent
          c) Lokasi, Tarikh dan Masa

           Bincang punya bincang datanglah juga satu idea yg best punya, kita shoot dalam ladang getah, kisah penoreh getah...Semua setuju. Aduss ade lagi halangan...model or talent? tanya bob. fikir punya fikir..terbanyang2 muka budak opis sorang2. AaaaHaaa dapat pun talent paling sesuai ia Fairos Yahya Dan Siti Rossidah, dua2 ni budak opis kita orang. H.I terus jumpa dgn mereka berdua, adusss mereka pulak tak setuju pada awlnya " seganlah, malulah, tak lawalah, tak biasalah dan mcm2 lagi" kena dgn ayat2 manis H.I dan Niat ingin membantu kami dalam menjayakan photoshoot ni mereka berdua setujulah...perhhh lega rasa, Alhamdullilah.
         
Tema - Demi Sesuap Nasi ( Kisah Penoreh Getah)

Lokasi- Ladang Getah, Sri Manjung,Perak.

Team Member:-
 -Hysteria Ideals,  Bob Naim, Faizal Shaupui.

Talent - Mohd Fairos Yahya & Siti Rossidah

Jalan Cerita
: Mengisahkan keluarga yang hidup bahagia, walaupun taraf hidup mereka yang sederhana tidak dilimpahi dengan kemewahan, Namun nilai kasih sayang mengatasi segalanya. Betulah kata org harta dan kemewahan belum tentu menjamin kebahagian. perasaan cinta dan kasih sayang perlu dipupuk dan disemai agar ia kekal dalam jiwa kita yg bergelar manusia.




Ini adalah antara sebahagian  gambar hasil dari Sesi Photoshoot tersebut, untuk gambar yg lebih banyak boleh refer dalam facebook hysteria ideals.
link album :http://www.facebook.com/media/set/?set=a.159019297499709.38163.100001749200677&type=3


Dikesempatan ini saya Ucapkan jutaa terima kasih kepada semua yg terlibat dalam menjayakan 1st event ni, Sekian.
















       

Jumaat, 5 Oktober 2012

Salam Perkenalan

Salam Sejahtera semua sahabat2. Saya rasa dah tiba masanya untuk saya mempunyai blog sendiri :) kat sini saya akan cuba berkongsi beberape hasil sentuhan saya dalam photograpy perkahwinan yg rasa rasa menarik untuk dikongsikan bersama anda :) atau anda boleh follow facebook saya Hysteria Ideals. cukup dah rasanya untuk salam perkenalan :)